MENCARI titik persamaan antara pasangan sudah menjadi lumrah dilalui sebelum mendirikan rumah tangga. Ada yang berpandangan persamaan ini penting supaya mewujudkan persefahaman dan hidup bahagia.
Perasaan gembira disatukan sebagai suami isteri dikongsi pasangan bahagia, Mohd Nadzri Redzuawan bersama pelakon, Diyana Mastura Jaafar atau Ana Dahlia, yang selamat melangsungkan hari bersejarah mereka kelmarin.
Pasangan sejoli itu bernikah jam 12.20 tengah hari di kediaman pengantin perempuan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak sebelum mengadakan majlis persandi�ngan pada sebelah malam di Dewan Kamalbina.
Pada majlis pernikahan itu, Mohd Nadzri atau lebih dikenali sebagai Chef Riz memberikan wang hantaran berjumlah RM20,000 bersama mas kahwin RM1,001 kepada Ana.
Pada majlis pernikahan itu, Mohd Nadzri atau lebih dikenali sebagai Chef Riz memberikan wang hantaran berjumlah RM20,000 bersama mas kahwin RM1,001 kepada Ana.
Bagi mereka yang mengenali Chef Riz, pastinya sudah tidak asing lagi dengan bakat memasak yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan).
Namun, Chef Riz yang ditemui sebaik majlis persandingan selesai lewat tengah malam kelmarin, menyatakan dia tetap mengharapkan isterinya menjadi pakar memasak di dapur.
Justeru, hasrat Chef Riz mencari isteri yang pandai memasak terlaksana apabila Ana Dahlia membuktikan dirinya memenuhi titik persamaan itu.
Chef Riz berkata, Ana berjaya menambat hatinya dengan masakan yang enak sebelum mereka disatukan pada hari bahagia.
“Ketika kami bercinta, kami banyak cuba makan di pelbagai tempat. Suatu hari, Ana masak empat hidangan istimewa iaitu rendang daging, ayam goreng berempah, kangkung belacan dan sambal udang petai.
“Pada mulanya, saya ingat masakan dia biasa saja tetapi bila rasa masakannya memang sedap. Saya fikir kelebihan dia memasak membuatkan saya terpikat hati untuk melamarnya sebagai isteri,” katanya.
Bersedia memikul tanggung�jawab sebagai suami, Chef Riz percaya rezekinya bersama Ana bertambah selepas berumahtang�ga. Menariknya, Chef Riz meletakkan kepercayaan pada isterinya menjadi pengurus pada jadual kerjanya.
“Ana mempunyai pengalaman sebagai pramugari dan mempunyai skil PR yang bagus. Ana seorang yang sangat ikhlas dan berterus terang. Semangatnya yang bekerja keras membantu keluarga yang susah membuat saya berasa kagum.
“Apa yang penting, saya melihat dia seorang yang menghormati orang tua dan keluarga hinggakan bapa saya turut menyayanginya,” katanya yang masih menguruskan perniagaan sendiri, restoran On The Table dan syarikat katering, On The Table Caterers.
Hanya berkenalan selama lapan bulan, pasangan ini tidak ragu mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Chef Riz berkata, jarak perhubungan sama ada panjang atau singkat bukan faktor untuk menamatkan zaman bujang.
Sebaliknya, persefahaman dan rasa tanggungjawab antara pasangan untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri harus ditekankan agar terus hidup bahagia.
Ana pula menyatakan perasaan syukur atas perjalanan majlis akad nikah dan bersanding yang berjalan lancar. Dia yang tidak lekang dengan senyuman sepanjang melayan tetamu yang hadir gembira selepas Chef Riz hanya sekali lafaz sebelum sah bergelar suami.
Katanya, dia menerima dan menghormati sikap Chef Riz sebagai suami yang tegas dalam menjadi ketua keluarga. Ana yang pernah membintangi filem Mantra arahan Azhari Zain, mendapat restu suami�nya untuk terus terbabit dalam bidang lakonan.
“Saya sukakan dia kerana dia ada cara sendiri dan terbuka dalam berbincang pelbagai perkara. Saya seorang yang berterus terang dan kami mempunyai keserasian.
“Dia boleh terima saya de�ngan keluarga saya seadanya. Malah, dia melayan keluarga saya dengan baik. Ketika saya kenal dengan dia, saya tidak menyangka dia seorang lelaki yang berfikir untuk berkahwin.
“Dari aspek personaliti, saya tegas dan dia manja. Dia tidak menghalang saya terus berlakon cuma berharap saya tidak melupakannya,” katanya.
Mengenai kontroversi, Ana bersyukur kerana keluarganya dan mentua sangat memahami dan memberi sokongan pada dia dan suami untuk terus hidup bersama. Ana sendiri menghormati bapa mentuanya yang sangat memberi kata semangat padanya.
“Memang pada mula saya bertemu bapa mentua membuatkan perasaan saya takut tetapi terkejut melihat dia melayan keluarga saya dengan baik. Begitu juga, Chef Riz tenang berdepan kontroversi dan mengatakan dia lebih memahami saya dengan keluarga.
“Saya percaya orang tetap akan bercakap tetapi apa yang penting saya dengan keluarga saling memahami. Kontroversi ini sebenarnya membuat�kan kami kuat. Jika tidak, tidak mungkin kami selamat bernikah dan bersanding, semalam (kelmarin),” katanya.
Bagi Chef Wan pula, tiada apa yang mampu diluahkannya selain perasaan sangat gembira apabila anak sulung�nya itu bertemu jodoh. Beliau berpandangan, anaknya dan Ana adalah pasangan serasi yang saling memahami satu sama lain.
“Sejak beberapa tahun lalu, Chef Riz cuba keluar bersama beberapa gadis tetapi masih belum bertemu jodoh. Saya fikir cukup penting untuk mencari pasangan yang sesuai dengan diri sendiri.
“Sekarang adalah cabaran buat mereka untuk hidup bersama. Saya percaya apabila orang hidup berumah tangga, pasangan belajar memahami satu sama lain, sayang menyayangi dan perlu ada kesabaran.
“Mengambil pengalaman saya sendiri yang berdepan rumah tangga tidak kekal, saya dapat lihat dalam kehidupan apabila dua individu tidak mempunyai keserasian ia suatu yang sukar. Jadi, jika bertemu dengan seseorang yang sesuai, ia suatu yang bagus,” katanya.
Dalam memberi nasihat pada pasangan ini, Chef Wan mengharapkan mereka menghormati pasangan termasuk keluarga sendiri dan mentua. Juri tetap program Maharaja Lawak Mega (MLM) ini turut menyatakan kontroversi yang terpalit pada dirinya kononnya tidak merestui kehadiran Ana dalam kehidupan Chef Riz dianggap tidak benar.
“Kontroversi ini tidak mengganggu saya. Kalau orang kata tak restu, itu bohong dan tidak benar. Orang yang kenal saya tahu, saya tidak pernah menilai seseorang itu menerusi statusnya.
“Kenapa perlu menilainya janda sedangkan saya pun duda dan mak dia juga janda. Orang lain suka membuat spekulasi pada perkara ini.
“Saya menerima dia seada�nya. Dalam situasi ini, saya fikir setiap orang mempunyai peluang kedua harus diberikan dan mengapa perlu melihat masalah silam pasangan itu yang kita tidak tahu.
“Itu semua gosip. Bagi saya, jika orang itu bercerai 10 kali sekalipun, jika sampai jodoh, itu adalah jodoh dia. Selagi, kita hidup, perlulah belajar daripada kesilapan dan tidak boleh menyalahkan satu pihak apabila seseorang itu menjadi janda atau duda.
“Hari ini (kelmarin), saya membuktikan pada ma�sya�rakat pandangan mereka itu tidak benar dan saya terima Ana seperti anak pe�rempuan saya sendiri,” katanya.
Memberi kenangan pada hari bahagia buat anak dan menantu tersayang, Chef Wan turut menghadiahkan pakej bulan madu ke Melbourne, Australia selama seminggu.
Katanya, ia adalah hadiah istimewa yang diberikannya selepas adik Chef Riz, Serina men�dapat pakej ke Greece ketika berkahwin, awal tahun lalu.