Didier Drogba masih yakin dia boleh bermain di peringkat tertinggi untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi.
Beliau telah menjaringkan empat gol dalam empat penampilan terakhirnya setakat ini, walaupun mengalami kesukaran pada awal musim.
Drogba diketepikan pada awal musim akibat kecederaan sikunya. Setelah menjalani proses pemulihan yang agak panjang, Drogba mengambil sedikit masa untuk kembali pada tahap terbaiknya.
Dengan keengganan beliau memperbaharui kontrak jangka pendek yang ditawarkan oleh Chelsea, mungkin Drogba akan mendapatkan pasukan baru bagi saingan musim hadapan.
Beberapa kelab seperti Marseille, Spurs & LA Galaxy turut berminat menawarkan kontrak lumayan kepada Drogba.